Assalamualaikum wm. wb.
semoga kita dirahmati Allah s.w.t.
1.
Alhamdulillah! Saya mendapat peluang dan ruang untuk lebih memahami betapa besarnya jurang generasi di antara murid berumur dengan bapanya. Persekitaran lingkungan yang berkembang pada kadar yang lebih pesat, lebih pelbagai dan lebih tidak menentu menyukarkan ruang untuk membina keserasian dan kesebatian antara dua beranak.
 |
| Jurang generasi semakin meluas |
2. Ketika berhadapan dengan murid.
Kelihatan dalam emosi yang celaru. Agak sukar untuk bertentangan mata. Kerap melarikan pandangan apabila bertentangan mata. Kelihatan sangat tidak selesa dan sangat terancam. Keresahan yang tinggi itu tergambar pada gerak tubuh dan tingkahlakunya. Pada gerakan-gerakan tangannya, kakinya, jari-jarinya, bibirntya dan banyak lagi. Saya dapat merasakannya.

Profil murid
. berumur 13 tahun
. 5A dalam UPSR
. anak sulung daripada 2 beradik
. bapanya seorang jurutera perisian komputer syarikat multinasional
. ibunya pakar perunding O&G beberapa hospital
. tinggal di banglo 4 tingkat di Country Height
(8 bilik tidur dengan bilik air)
3.
Ketika berhadapan dengan bapa.
Penampilan dirinya sangat meyakinkan dan memberi gambaran tentang kualiti peribadi yang tinggi. Kelihatan sangat berdisiplin, sangat berwawasan dan berjaya dalam kerjayanya.

Profil bapa
. berumur 43 tahun
. anak kelima dari lapan beradik
. lulus ijazah pertama dengan CGPA 3.8
. ayah seorang petani ie bersawah padi
. ibunya seorang suri rumah (kerap membantu ayah di bendang)
. tinggal di rumah kampung di Pendang
(2 bilik tidur, bilik air di luar)
4. Mereka jauh berbeza
Jurang generasi yang besar amat ketara di antara mereka. Inilah yang menjadi punca konflik di antara mereka.
Moga-moga Allah
memberi kekuatan untuk mereka mengubah
apa-apa yang dapat mereka ubah.
memberi kesabaran untuk mereka
menerima apa-apa yang tidak dapat mereka ubah.
memberi kebijaksanaan untuk mereka
membezakan di antara kedua-duanya.
 |
| Perbezaan antara generasi 1 |
 |
Perbezaan antara generasi 2
Semoga ada manfaatnya
tk
|